SEMENYIH: Selepas menderita menjalani pembedahan sebanyak 15 kali  termasuk kaki kanan dipotong dan kedua-dua kornea mata terpaksa dibuang  akibat kejadian tercampak dari buaian, kanak-kanak malang, Akmal Haris  Shamsul Anuar, 5, akhirnya meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal  pagi semalam.
Kematian kanak-kanak yang terpaksa menempuh tragedi hitam seawal usia  tiga bulan itu disedari ayahnya, Shamsul Anuar Saidin, 39, kira-kira jam  5 pagi ketika bangun bersahur bersama isteri, Rozalina Bukhari, 39, dan  tiga anaknya.
Rozalina berkata, beliau yang terjaga seawal jam 4 pagi untuk  menyediakan makanan bersahur sempat melihat keadaan anak bongsunya yang  berada di sebelahnya, tetapi menyangka Akmal Haris berada dalam keadaan  baik.
Ketika berada di dapur, suami yang ketika itu terjaga melihat keadaan  Akmal menerpa sebelum memeluk saya mengatakan anak kesayangan kami sudah  meninggal dunia.
Saya terkejut tidak percaya sebelum melihat sendiri nadi Akmal untuk  mendapatkan kesahihan dan akhirnya akur penderitaan anak saya sudah  berakhir, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Taman Desa Mewah, di  sini, semalam.
Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Semenyih  sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang kira-kira  jam 12 tengah hari.

1 comment:
Turut sedih.... Takziah buat family adik kamal...
Post a Comment