Pada minggu ke-21,  kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan  pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa  sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan  kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita  perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Seterusnya minggu ke-22.  Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga  menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas  dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada  masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan  ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal  sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat  dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan  menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda  dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23. Pada  masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik.  Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada  puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit,  kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan.  Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Pada minggu ke-24  pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan  perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah  secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan  kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi  akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan  dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana  tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

2 comments:
itulah kebesaran yang Allah cipta kan..
Allah maha besar pencipta sekelian alam... semoga baby yang dikandung itu menjadi anak yang soleh atau solehah... :)
Post a Comment